Ahad, 15 Februari 2009

Valentine's


Lovely Pictures, Images and Photos





Khutbah yang disampaikan Jumaat kelmarin dan mungkin serentak di seluruh negara, adalah satu usaha untuk memberi kefahaman kepada umat Islam tentang bahayanya melakukan sesuatu amalan secara ikutan sahaja. Dengan erti kata yang lain "pak turut" lah. Melakukan sesuatu tanpa ada asas ilmu pengetahuan yang cukup.
Secara asasnya, kita umat Islam sewajibnya mendalami ilmu pengetahuan untuk mengelakkan kita terjerumus ke lembah kejahilan dan kehinaan. Justeru, panduan ilmu pengetahuan yang mantap dan lengkap segalanya telah terungkap dalam al-Quran.

Al-Quran ada menyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 120: "Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka".

Sambutan Hari Kekasih @ Valentine's Day adalah satu daripada upacara istiadat atau ritual yang sinonim bagi orang kristian. Amalan sambutan ini bercampur dengan maksiat dan bercanggah dengan ajaran Islam. Hujahnya, Hari Kekasih @ Valentine's Day berkait rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran kristian:

1) Hari mengingati kekasih @ Valentine's Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi Orang Jono atau dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya bermula mula pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas tersebut dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta itu.

2) Pendapat kedua menyatakan, pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II. Pada waktu itu, Raja Claudius II telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dengan peperangan. Disebabkan larangan itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang kristian secara rahsia. Akibatnya, St. Valentine ditangkap, disebat hingga mati dan kepalanya dipenggal pada 14 Februari 270 Masihi. Bagi memperingati sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahannya, maka 14 Februari dijadikan hari memperingatinya sebagai uapacara keagamaan.

Semoga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat menyelamatkan kita daripada terus menyambut Hari Kekasih agar akidah kita, ibadah kita, muamalah kita dan akhlak kita terus terpelihara daripada dipesongkan oleh golongan yang dimurkai Allah dan golongan yang sesat.

Nukilan bersumber:
Teks Khutbah 13 Februari 2009
"Menjauhi Budaya Songsang: Valentine"s Day
Dicatat oleh ADLI http://adlizakaria.blogspot.com
Label: TAZKIRAH

----------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum...Baru2 nie ana ada baca majalah MASTIKA edisi Februari 2009...banyak cerita dalam tue...ana rasa antum tahu bahawa majalah mastikakan majalah no.1...selak punya selak ana terbaca satu artikel yang menarik yang ana rasa patut kongsi dengan antum....iaitu fakta menarik tentang 14 Feb...ana rasa ramai yg tahu bahawa 14 Feb merupakan Hari Valentine yang disambut di seluruh dunia...dan ana juga rasa ramai juga yang tahu asal usul Hari Valentine nie yang kita sebagai umat islam memang haram merayakannya...tapi di sini terdapat beberapa info yg boleh dikongsi bersama walaupun antum sudah mengetahuinya....

* Dianggarkan satu billion kad Valentine dikirim di seluruh dunia setiap tahun. Ini menjadikan Hari Velentine perayaan kedua tertinggi bagi pengiriman kad perayaan selepas Krismas.

* Kira2 85% kad Valentine dibeli oleh kaum wanita. Terdapat juga fakta yang mengatakan lelaki kerap membeli 2 kad untuk kepentingan lain! Ehem2...

* Tarikh 14 Feb merupakan hari yang sangat penting bagi penjual bunga. Dianggarkan lebih kurang 110 juta kuntum ros, kebanyakannya merah dijual sempena hari tersebut. Jualan ini meningkat 32% setiap tahun.

* Untunglah wanita, satu kajian mendapati, 73% pembeli bunga sempena Valentine's Day adalah lelaki.

* Dianggarkan 3% daripada individu yang memiliki haiwan peliharaan akan memberi haiwan kesayangan mereka itu sebagai hadiah Valentine's Day.

* Alexender Graham Bell telah menfailkan paten pertama telefon beliau pada 14 Feb 1876.

* Warna tema Hari Valentine ialah merah,merah jambu dan putih. Merah jambu melambangkan kehalusan. Merah pula simbol kepada kehangatan, perasaan dan hati(cinta). Manakala putih melambangkan ketulenan dan kepercayaan iaitu dua hati yang saling mempercayai.

* Penicilin, ubat yang digunakan untuk penyakit sifilis, telah diperkenalkan kapada dunia pada 14 Feb 1929.

* Di Korea, hadiah coklat akan diberikan oleh golongan wanita kepada lelaki pilihan mereka pada 14 Feb. Hadiah balasan dari lelaki pula hanya akan diberikan sebulan selepas Hari Valentine. Ia dikenali sebagai ' White Day' atau 'Hari Putih' iaitu pada 14 Mac. Di samping itu, orang Korea juga ada 'Black Day' yang jatuh pada 14 April. Black Day khas untuk individu yang tidak menerima apa2 hadiah pada Hari Valentine. Pada hari itu, lelaki2 malang ini akan diberi makan Jajangmyun, iaitu hidangan mi Cina bersama sos pekat berwarna hitam dan secawan kopi, dipercayai untuk membuang nasib buruk mereka itu.

* Di Taiwan, Hari Kekasih disambut pada 7 Julai mengikut kalender Lunar. Pada hari itu, si lelaki akan membeli sejambak bunga ros yang paling mahal berserta bunga-buangaan lain untuk kekasih mereka. Bilangan kuntum ros bagi setiap jambak diambil kira kerana mempunyai maksud tersirat. Sekuntum ros bermaksud, 'kau satu-satunya kekasihku', 11 kuntum bermaksud,'kau kesukaan ku', 99 kuntum bermaksud,'cintakan awak untuk selama-lamanya' dan 108 kuntum ros bermaksud, 'kahwini aku'.

* Selain manusia, masyarakat Slovania juga percaya burung2 akan berkasih-kasihan dan mengawan pada Hari Valentine. Mereka juga percaya pada 14 Feb itu tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan akan mula tumbuh. Bagaimanapun, tradisi Hari Kekasih di Slovania bukan pada 14 Feb, sebaliknya pada 12 Mac iaitu hari memperingati Saint Gregory.
* Shiv Sena, parti politik berhaluan kanan di India, mengadakan tunjuk perasaan pada awal Feb 2006 kerana membantah amalan menyambut Hari Valentine, kerana ia adalah budaya Barat dan bercanggah dengan tradisi masyarakat negara itu. Pada hari tersebut, penyokong-penyokong Shiv Sena turun ke jalan raya dan membakar kad Hari Valentine. Menurut Shiv Sena, terdapat banyak lagi perayaan di dalam budaya dan agama mereka yang bersesuian untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang, misalnya Diwali, Eid dan Lohri, bukannya mengikut cara yang dipopularkan oleh orang Barat.

* Dari mana munculnya Hari Valentine? Satu pendapat mengatakan, perkataan 'Valentine' di ambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol, iaitu Saint Valentine. Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Feb 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan dengan itu 14 Feb disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakannya sebagai Hari Valentine.

* Pendapat kedua : Berasal daripada pesta sambutan kaum Rom kuno yang dipanggil 'Lupercalia', yang bermula pada abad ketiga sebelum Masihi. Lupercalia adalah upacara penyucian diri yang diadakan pada 14 Feb. Pada hari itu, mereka akan menyembah dewa cinta yang bernama Juno Februata. Pada malam Lupercalia, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas. Kemudian setiap pemuda akan mencabut nama tersebut dari dalam bekas secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan hiburan seksnya selama setahun.

* Pendapat ketiga : Dikaitkan dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius 2 (268-270). Dikatakan St. Valentine enggan mematuhi arahan Raja Claudius agar membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan dan memerlukan pemuda-pemuda sebagai tentera. Malah St. Valentine telah mengahwinkan orang2 Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia menyebabkan raja murka, lalu dihukum bunuh. Dikatakan juga ketika pemerintahan Claudius 2 ini, kerajaan Rom yang menyembah dewi-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjarakan serta diseksa termasuk St. Valentine. Semasa dalam penjara, St. Valentine telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine' (daripada Valentinemu).

* Pendapat keempat : Diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintah Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah tempat kedua tertinggi selepas Pope. Keinginan St. Valentine untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan telah menimbulkan kegemparan di kalangan penduduk Cordova kerana St. Valentine adalah seorang paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan. Lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya. Ratu Isabella menetapkan 14 Feb sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri. Ada termaktub di dalam laman web 'Catholic Encyclopedia' mengatakan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua adalah mati syahid. Petikan itu menyebut "Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka dianggap syahid, juga disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Feb"....

Jadi...Masihkah antum ingin menyambut Hari Valentine???Tepuk dada tanya iman..
Wallahualam...

dipetik dari http://budi-integomb.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. best blog ni!!
    tahniah, banyak info saya dapat.
    valentines Day!!!
    nampak macam seronok tapi sebaliknya memang tersirat satu budaya yang boleh menyesatkan umat islam itu sendiri andai terlalu taksub tanpa berpegang pada Hukum2 Allah..

    BalasPadam