Isnin, 16 Februari 2009

Menu Hari Ini


Mee Kicap Popular Ipoh

03 Dec

Bagi sesiapa yang suka makan..mari aku hidangkan sesuatu yang best untuk korang nikmati bila datang ke Ipoh..kalau korang datang Ipoh tak merasa menu ni memang rugi la aku cakap coz memang salah satu menu paling sedap pernah aku makan.

Nama menu tu adalah Mee Kicap yang mana kalau korang pernah dengar iaitu Daud Mat Jasak punya kedai.Kedainya ade 3 cawangan yang aku tau skang ni iaitu di Bandar Ipoh Raya,Bersebelahan Kompleks Yik Fong, dan juga berdekatan dengan Super Kinta Ipoh atau pasar besar. Mana rupa mee kicap neh?Tgk gambar kat bawah ni..Ini la rupanya mee kicap yang popular tu..yang penting adalah…RASANYA SEDAP,kuahnya korang boleh pilih sama ada nak kuah kari atau kuah sup…aku cadangkan korang makan kuah kari..coz memang layan….(pinjam trademark Fafau..hehe)

Harganya?hehe..murah je kalau korang nak makan yang biasa punya..kalau korang makan tambah fish cake,fish ball lebih..lebih la bayarnya..harga biasa aku makan adalah RM2.80 semangkuk..ha..murah tak?Bawak la satu famili korang makan kat situ..mesti best..

So..jangan lupa singgah di Gerai Daud Mat Jasak untuk makan mee kicap best..kalau korang taktau kat mane..leh tanya org Ipoh..mesti depa tau punya..:) bg yg nk makan mee kicap kini boleh cari di kluang jb,So sekian untuk kali ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan