Khamis, 19 Februari 2009

Sabar Lebih Baik Dari Merungut

Salam Hormat Dari Saya Kepada Pembaca Yg Budiman,

Hari ini topik utama adalah sabar,jadi saya nak sentuh sedikit bab sabar ni,

Cerita nya begini..hari ini saya buat kerja yg dah lama saya xbuat,iaitu wayering,disebabkan ada orang panggil minta tolong buat kan jadi saya tak tolak rezeki,
lagi pun yang nak wayering tu adalah surau berdekatan kediaman saya,sambil saya cari rezeki dapat la buat amalan skit kan?

Perkataan sabar itu bermula apabila pekerja saya itu tidak tahu apa2 pasal wayering,
kalau ikut kan hati memang cutter,hemmer dah melekat kat kat kepala dia,nasib baik la pekerja saya itu adik saya sendiri(buat kejut orang jer kan? xD)bersabar kan bagus xD,lagi pun sabar itu mendidik kita menjadi hamba allah yang berfikiran sebab kalau tidak ada fikiran itu binatang,kerana binatang cuma ada nafsu semata-mata(kan allah cipta manusia berakal fikiran),nak cerita panjang2 pun magrib dah panjang nak mandi dan solat dulu..

Fikir-fikirkan lah sahabat yang saya hormati

Terima Kasih Membaca Dari "Affan"

Bantal Kekabu Original

Lovely Pictures, Images and PhotosJika Anda Ada Masalah Untuk Tidur Inilah Jalan Penyeselaian Nya..Tidur Anda Pasti Nyenyak Diulik Mimpi Dan Sudah Semesti Nya Waktu Pagi Anda Lebih Ceria Dan Bersemangat Dengan Bantal Kekabu Amal Sakin

Ianya Bukan Sekadar Bantal,Ada Set Untuk Pengantin,Baby,dan lain-lain

Dijamin 100% Kekabu Asli

-->Klik Gambar Untuk Mengetahui Dengan Lebih Lanjut


Klik sini-->http://www.kekabuasli.blogspot.com/

Rabu, 18 Februari 2009

Dinner

Tengok macam mana orang japan dinner

Pertandingan ke nak bunuh orang?siapa juara?

Ini cerita sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur.

Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala.Cara pertandingannya ialah peserta perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dengan tidak sengaja menjunam ala2 superman silap landing kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.
suasana jadi meriah,penonton buat sorakan gemuruh

Tiba jer peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4.Beliau dengan perlahan berjalan ke tingkat 4 sambil memikirkan ape akan terjadi kalau dia terjun dari tingkat 4,sedangkan peserta lain mula di tingkat 1.Sampai ditepi beliau berdiri sahaja.Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun,suasana jadi riuh rendah,Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat,selepas 30minit pengadil buat keputusan,pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!

Mana Lagi Singgit???

Ada 3 orang kawan yg sememang nyer kamcheng pergi bercuti kat pulau tioman,Sampai dekat sana,mereka pun pergi cari resort tempat untuk persantaian untuk mereka relex2,usha punya usha,last2 dapat la satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam,bajet la skit

Mereka memang member kamcheng giller,mereka pun pakat nak sewa satu bilik je sebab nak sep bajet,masing2 keluarkan sorang RM10,So bila dapat kunci jer dan tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.

Lepas mereka blah pergi bilik,minah cun kat front office tu baru teringat yg sekarang ini resort tengah buat promotion,satu bilik cuma RM25 je...

Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit baki ada RM5... mamat tu ada 3 org,camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea yg bernas da menguntungkan,dia pulangkan sorang RM1 kat 3 orang mamat tu,Then belen lagi RM2 dia telan isi minyak motor dia,

Maknanya...

Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9
Total depa bayar RM9.00 x 3 =RM27
Mamat bell boy tu amik RM2 so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29

Mana pegi lagi singgit....?????????????

saper sebat?

Selasa, 17 Februari 2009

Terharu Biru Sangat2!!

Aku terharu sangat apabila admin bincang.net hantar tahniah selamat hari lahir kat aku,yg buat aku terharu dia org pertama yg ucapkan selamat hari lahir kat aku,
sedih bangat+terharu org tersayang aku tak ucapkan apa2 kat aku....dia boleh what dont know jer..
Ingin Buat Duit Di Internet?

Lovely Pictures, Images and Photos


"TERBONGKAR Akhirnya! Bagaimana Cara Untuk Buat Duit Di Internet Dengan Kedai Online Langkah Demi Langkah"

Jika selama ini anda tercari-cari panduan membina online store (kedai online) anda sendiri dan menjana pendapatan darinya, pencarian anda berakhir di sini, hari ini.

Layari Link Ini -->http://www.sistemkedaionline.com/
Gobala Krishnan & Kepakarannya | Apa Rahsia Beliau Sehingga Beliau Berjaya?


Salam Hormat Pembaca Budiman,

Dua minggu lepas, saya telah berjumpa dengan Gobala Krishnan di seminar Azizi Ali dan banyak yang kami catch-up. Maklumlah, kali terakhir kami berjumpa adalah beberapa bulan sebelum itu di gathering Wang Cyber. Di samping bertukar-tukar cerita mengenai perniagaan masing-masing, beliau ada memberitahu saya mengenai pelancaran produk terbaru beliau bersama Zamri Nanyan, Rahsia ClickBank.

gobala

Untuk pengetahuan anda, Gobala Krishnan telah beberapa kali dipaparkan di akhbar dan majalah mengenai kisah kejayaan perniagaan internet beliau menembusi pasaran antarabangsa.

Baru berkahwin dan baru menyertai kelab usahawan internet dengan berat badan seperti saya. :)

Jadi dengan kejayaan seperti beliau, sudah tentu ada beberapa perkara yang anda boleh pelajari dari beliau, bukan? :)



Dan mungkin juga anda telah jemu mendengar promosi mengenai Rahsia Clickbank dan ingin tahu sama ada produk tersebut benar-benar bagus atau tidak? Saya sengaja menunda post ini supaya segala hype pra-pelancaran reda dahulu dan supaya pembaca SaifulSham mendapat gambaran sebenar pro dan kontra produk ini.

Ia juga memberi saya masa untuk meneliti, membuat kajian dan orang putih kata tear apart pakej Rahsia Clickbank yang saya miliki. Jadi apa yang saya tulis hari ini bukan sekadar copy & paste, tetapi berdasarkan pengalaman dan pandangan saya sendiri.

Di samping maklumat yang saya dapati dengan menelaah pakej tersebut, saya juga mendapat sumber first-hand dari Gobala sendiri ketika “menyoal siasat” beliau minggu lepas. Jadi, anda dijamin akan mendapat juicy stuff tanpa perlu membeli produk tersebut dan tidak sama dengan review-review lain yang pernah anda baca sebelum ini. ;)

(Dan perlu diingat, di SaifulSham.com kami jarang sekali review produk. Jadi bila kami review, ia pasti sensasi! :) )

SPOILER ALERT: Saya akan mendedahkan RAHSIA-RAHSIA UTAMA “Rahsia Clickbank” dan juga apa juga perkara di belakang tabirnya. Klik “Read the Rest of This Entry” untuk membaca laporan saya

(Maaf saya tidak boleh tulis terus seperti biasa, kerana saya pasti Gobala tidak mahu rahsianya dibuka begitu sahaja. Dengan cara melindunginya di sebalik link “Read the Rest of This Entry” ini sekurang-kurangnya ia terlindung sedikit dari Search Engine)

dipetik dari -->http://www.saifulsham.com/

Isnin, 16 Februari 2009

Dah Dapat Projek Besar Pening Kepala Pulak!

Hari ini jiran aku bagi aku projek wayering sebuah surau berdekatan dengan rumah aku,
kerana aku dah terima projek disebabkan terlampau teruja pulus yg akan masuk ke poket seluar aku,tampa aku sedari aku kena buat sorang2 :)

kalau ada sesiapa yg berminat nak duit contect aku 07-7715640
(kawasan kluang jer)cepat contect aku kalau lambat siap dah la kot
Raja Lawak 3

lawak dengan nasihat,sepah is great,memang menarik dari mula sampai musim ke 7



Vote Sepah
Menu Hari Ini


Mee Kicap Popular Ipoh

03 Dec

Bagi sesiapa yang suka makan..mari aku hidangkan sesuatu yang best untuk korang nikmati bila datang ke Ipoh..kalau korang datang Ipoh tak merasa menu ni memang rugi la aku cakap coz memang salah satu menu paling sedap pernah aku makan.

Nama menu tu adalah Mee Kicap yang mana kalau korang pernah dengar iaitu Daud Mat Jasak punya kedai.Kedainya ade 3 cawangan yang aku tau skang ni iaitu di Bandar Ipoh Raya,Bersebelahan Kompleks Yik Fong, dan juga berdekatan dengan Super Kinta Ipoh atau pasar besar. Mana rupa mee kicap neh?Tgk gambar kat bawah ni..Ini la rupanya mee kicap yang popular tu..yang penting adalah…RASANYA SEDAP,kuahnya korang boleh pilih sama ada nak kuah kari atau kuah sup…aku cadangkan korang makan kuah kari..coz memang layan….(pinjam trademark Fafau..hehe)

Harganya?hehe..murah je kalau korang nak makan yang biasa punya..kalau korang makan tambah fish cake,fish ball lebih..lebih la bayarnya..harga biasa aku makan adalah RM2.80 semangkuk..ha..murah tak?Bawak la satu famili korang makan kat situ..mesti best..

So..jangan lupa singgah di Gerai Daud Mat Jasak untuk makan mee kicap best..kalau korang taktau kat mane..leh tanya org Ipoh..mesti depa tau punya..:) bg yg nk makan mee kicap kini boleh cari di kluang jb,So sekian untuk kali ni..
Lawak ker Seram

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Ahad, 15 Februari 2009

Valentine's


Lovely Pictures, Images and Photos





Khutbah yang disampaikan Jumaat kelmarin dan mungkin serentak di seluruh negara, adalah satu usaha untuk memberi kefahaman kepada umat Islam tentang bahayanya melakukan sesuatu amalan secara ikutan sahaja. Dengan erti kata yang lain "pak turut" lah. Melakukan sesuatu tanpa ada asas ilmu pengetahuan yang cukup.
Secara asasnya, kita umat Islam sewajibnya mendalami ilmu pengetahuan untuk mengelakkan kita terjerumus ke lembah kejahilan dan kehinaan. Justeru, panduan ilmu pengetahuan yang mantap dan lengkap segalanya telah terungkap dalam al-Quran.

Al-Quran ada menyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 120: "Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka".

Sambutan Hari Kekasih @ Valentine's Day adalah satu daripada upacara istiadat atau ritual yang sinonim bagi orang kristian. Amalan sambutan ini bercampur dengan maksiat dan bercanggah dengan ajaran Islam. Hujahnya, Hari Kekasih @ Valentine's Day berkait rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran kristian:

1) Hari mengingati kekasih @ Valentine's Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi Orang Jono atau dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya bermula mula pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas tersebut dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta itu.

2) Pendapat kedua menyatakan, pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II. Pada waktu itu, Raja Claudius II telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dengan peperangan. Disebabkan larangan itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang kristian secara rahsia. Akibatnya, St. Valentine ditangkap, disebat hingga mati dan kepalanya dipenggal pada 14 Februari 270 Masihi. Bagi memperingati sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahannya, maka 14 Februari dijadikan hari memperingatinya sebagai uapacara keagamaan.

Semoga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat menyelamatkan kita daripada terus menyambut Hari Kekasih agar akidah kita, ibadah kita, muamalah kita dan akhlak kita terus terpelihara daripada dipesongkan oleh golongan yang dimurkai Allah dan golongan yang sesat.

Nukilan bersumber:
Teks Khutbah 13 Februari 2009
"Menjauhi Budaya Songsang: Valentine"s Day
Dicatat oleh ADLI http://adlizakaria.blogspot.com
Label: TAZKIRAH

----------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum...Baru2 nie ana ada baca majalah MASTIKA edisi Februari 2009...banyak cerita dalam tue...ana rasa antum tahu bahawa majalah mastikakan majalah no.1...selak punya selak ana terbaca satu artikel yang menarik yang ana rasa patut kongsi dengan antum....iaitu fakta menarik tentang 14 Feb...ana rasa ramai yg tahu bahawa 14 Feb merupakan Hari Valentine yang disambut di seluruh dunia...dan ana juga rasa ramai juga yang tahu asal usul Hari Valentine nie yang kita sebagai umat islam memang haram merayakannya...tapi di sini terdapat beberapa info yg boleh dikongsi bersama walaupun antum sudah mengetahuinya....

* Dianggarkan satu billion kad Valentine dikirim di seluruh dunia setiap tahun. Ini menjadikan Hari Velentine perayaan kedua tertinggi bagi pengiriman kad perayaan selepas Krismas.

* Kira2 85% kad Valentine dibeli oleh kaum wanita. Terdapat juga fakta yang mengatakan lelaki kerap membeli 2 kad untuk kepentingan lain! Ehem2...

* Tarikh 14 Feb merupakan hari yang sangat penting bagi penjual bunga. Dianggarkan lebih kurang 110 juta kuntum ros, kebanyakannya merah dijual sempena hari tersebut. Jualan ini meningkat 32% setiap tahun.

* Untunglah wanita, satu kajian mendapati, 73% pembeli bunga sempena Valentine's Day adalah lelaki.

* Dianggarkan 3% daripada individu yang memiliki haiwan peliharaan akan memberi haiwan kesayangan mereka itu sebagai hadiah Valentine's Day.

* Alexender Graham Bell telah menfailkan paten pertama telefon beliau pada 14 Feb 1876.

* Warna tema Hari Valentine ialah merah,merah jambu dan putih. Merah jambu melambangkan kehalusan. Merah pula simbol kepada kehangatan, perasaan dan hati(cinta). Manakala putih melambangkan ketulenan dan kepercayaan iaitu dua hati yang saling mempercayai.

* Penicilin, ubat yang digunakan untuk penyakit sifilis, telah diperkenalkan kapada dunia pada 14 Feb 1929.

* Di Korea, hadiah coklat akan diberikan oleh golongan wanita kepada lelaki pilihan mereka pada 14 Feb. Hadiah balasan dari lelaki pula hanya akan diberikan sebulan selepas Hari Valentine. Ia dikenali sebagai ' White Day' atau 'Hari Putih' iaitu pada 14 Mac. Di samping itu, orang Korea juga ada 'Black Day' yang jatuh pada 14 April. Black Day khas untuk individu yang tidak menerima apa2 hadiah pada Hari Valentine. Pada hari itu, lelaki2 malang ini akan diberi makan Jajangmyun, iaitu hidangan mi Cina bersama sos pekat berwarna hitam dan secawan kopi, dipercayai untuk membuang nasib buruk mereka itu.

* Di Taiwan, Hari Kekasih disambut pada 7 Julai mengikut kalender Lunar. Pada hari itu, si lelaki akan membeli sejambak bunga ros yang paling mahal berserta bunga-buangaan lain untuk kekasih mereka. Bilangan kuntum ros bagi setiap jambak diambil kira kerana mempunyai maksud tersirat. Sekuntum ros bermaksud, 'kau satu-satunya kekasihku', 11 kuntum bermaksud,'kau kesukaan ku', 99 kuntum bermaksud,'cintakan awak untuk selama-lamanya' dan 108 kuntum ros bermaksud, 'kahwini aku'.

* Selain manusia, masyarakat Slovania juga percaya burung2 akan berkasih-kasihan dan mengawan pada Hari Valentine. Mereka juga percaya pada 14 Feb itu tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan akan mula tumbuh. Bagaimanapun, tradisi Hari Kekasih di Slovania bukan pada 14 Feb, sebaliknya pada 12 Mac iaitu hari memperingati Saint Gregory.
* Shiv Sena, parti politik berhaluan kanan di India, mengadakan tunjuk perasaan pada awal Feb 2006 kerana membantah amalan menyambut Hari Valentine, kerana ia adalah budaya Barat dan bercanggah dengan tradisi masyarakat negara itu. Pada hari tersebut, penyokong-penyokong Shiv Sena turun ke jalan raya dan membakar kad Hari Valentine. Menurut Shiv Sena, terdapat banyak lagi perayaan di dalam budaya dan agama mereka yang bersesuian untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang, misalnya Diwali, Eid dan Lohri, bukannya mengikut cara yang dipopularkan oleh orang Barat.

* Dari mana munculnya Hari Valentine? Satu pendapat mengatakan, perkataan 'Valentine' di ambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol, iaitu Saint Valentine. Beliau disayangi kerana telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Feb 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan dengan itu 14 Feb disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakannya sebagai Hari Valentine.

* Pendapat kedua : Berasal daripada pesta sambutan kaum Rom kuno yang dipanggil 'Lupercalia', yang bermula pada abad ketiga sebelum Masihi. Lupercalia adalah upacara penyucian diri yang diadakan pada 14 Feb. Pada hari itu, mereka akan menyembah dewa cinta yang bernama Juno Februata. Pada malam Lupercalia, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas. Kemudian setiap pemuda akan mencabut nama tersebut dari dalam bekas secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan hiburan seksnya selama setahun.

* Pendapat ketiga : Dikaitkan dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius 2 (268-270). Dikatakan St. Valentine enggan mematuhi arahan Raja Claudius agar membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan dan memerlukan pemuda-pemuda sebagai tentera. Malah St. Valentine telah mengahwinkan orang2 Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia menyebabkan raja murka, lalu dihukum bunuh. Dikatakan juga ketika pemerintahan Claudius 2 ini, kerajaan Rom yang menyembah dewi-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjarakan serta diseksa termasuk St. Valentine. Semasa dalam penjara, St. Valentine telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat kepada gadis tersebut yang bertandatangan 'From your Valentine' (daripada Valentinemu).

* Pendapat keempat : Diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintah Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah tempat kedua tertinggi selepas Pope. Keinginan St. Valentine untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan telah menimbulkan kegemparan di kalangan penduduk Cordova kerana St. Valentine adalah seorang paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan. Lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya. Ratu Isabella menetapkan 14 Feb sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri. Ada termaktub di dalam laman web 'Catholic Encyclopedia' mengatakan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua adalah mati syahid. Petikan itu menyebut "Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka dianggap syahid, juga disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Feb"....

Jadi...Masihkah antum ingin menyambut Hari Valentine???Tepuk dada tanya iman..
Wallahualam...

dipetik dari http://budi-integomb.blogspot.com/
Salam Hormat Pembaca Budiman,


Apabila saya bertemu dengan beberapa orang yang ingin memulakan perniagaan internet, saya seboleh-bolehnya akan membiarkan mereka bercakap atau bertanya soalan dahulu. Dari sini saya, akan dapat agak di mana level mereka dan bagaimana saya dapat menjawab supaya mereka mudah faham.


Kebelakangan ini, saya melihat satu trend. Newbie sudah ada background dalam perniagaan internet, tetapi mereka keliru mengenai suatu perkara. Saya akan sebut direct untuk menjimatkan patah perkataan.


Mereka Cuba Buat Duit Melalui Adsense SAMBIL Menjual Produk


Ini adalah kombinasi yang sangat merbahaya. Anda tidak akan ke mana-mana jika menggabungkan kedua-duanya.


Sebelum saya pergi lebih jauh dan mengundang respons negatif otai-otai adsense, biar saya jelaskan.


Jika teknik anda buat duit melalui Adsense adalah dengan menghasilkan sebuah laman web sebenar, menarik pembaca dengan isi yang bermutu dan berkualiti supaya mereka datang lagi dan lagi, tiada masalah. Anda bukan sahaja mampu buat duit dengan Adsense, bahkan dengan program affiliate dan pegiklanan juga. Duit akan mencurah-curah masuk jika pelawat ke laman web anda banyak.


Contoh laman web yang sangat cemerlang dalam hal ini: SyokKahwin.com (Mengikut stats NuffNang yang saya pernah tengok, SK adalah blog #2 di Malaysia-tahun lepas)


Tetapi, jika anda membina laman web khusus untuk Adsense (MFA-Made For Adsense), memang anda tidak boleh jual apa-apa. Ini kerana game plannya berbeza. Anda perlu bina beberapa laman web/blog yang fully optimized untuk Adsense sehari, setiap hari. Masa anda akan terikat dengan aktiviti ini.


Dan lokasi-lokasi premium yang boleh anda gunakan untuk meletakkan iklan produk anda, perlu digunakan untuk diletakkan iklan Adsense.


Jadi produk anda tidak begitu menonjol. Jika produk kita tidak menonjol, orang tidak akan beli. End of story.


Jadi boleh ke buat duit dengan blog MFA?


Saya tak tahu sebab Adsense bukan bidang saya. Tetapi ada orang buat. Jadi saya rasa boleh.


Jadi boleh ke buat duit dengan jual produk?


Memang boleh.


Boleh combine kedua-duanya?


Tak boleh.


Analogi akhir, kita boleh minum. Dan kita boleh makan. Tetapi kita tidak boleh makan sambil minum. Nanti tersedak.


Jadi, anda mesti pilih model perniagaan anda. Jika Adsense, fokus pada Adsense sahaja dan jika menjual produk, fokus pada produk sahaja.


Yess! Berjaya! Pendek!


Yang Excited,


Sabri


dipetik dari http://www.saifulsham.com