Ahad, 15 Februari 2009

Salam Hormat Pembaca Budiman,


Apabila saya bertemu dengan beberapa orang yang ingin memulakan perniagaan internet, saya seboleh-bolehnya akan membiarkan mereka bercakap atau bertanya soalan dahulu. Dari sini saya, akan dapat agak di mana level mereka dan bagaimana saya dapat menjawab supaya mereka mudah faham.


Kebelakangan ini, saya melihat satu trend. Newbie sudah ada background dalam perniagaan internet, tetapi mereka keliru mengenai suatu perkara. Saya akan sebut direct untuk menjimatkan patah perkataan.


Mereka Cuba Buat Duit Melalui Adsense SAMBIL Menjual Produk


Ini adalah kombinasi yang sangat merbahaya. Anda tidak akan ke mana-mana jika menggabungkan kedua-duanya.


Sebelum saya pergi lebih jauh dan mengundang respons negatif otai-otai adsense, biar saya jelaskan.


Jika teknik anda buat duit melalui Adsense adalah dengan menghasilkan sebuah laman web sebenar, menarik pembaca dengan isi yang bermutu dan berkualiti supaya mereka datang lagi dan lagi, tiada masalah. Anda bukan sahaja mampu buat duit dengan Adsense, bahkan dengan program affiliate dan pegiklanan juga. Duit akan mencurah-curah masuk jika pelawat ke laman web anda banyak.


Contoh laman web yang sangat cemerlang dalam hal ini: SyokKahwin.com (Mengikut stats NuffNang yang saya pernah tengok, SK adalah blog #2 di Malaysia-tahun lepas)


Tetapi, jika anda membina laman web khusus untuk Adsense (MFA-Made For Adsense), memang anda tidak boleh jual apa-apa. Ini kerana game plannya berbeza. Anda perlu bina beberapa laman web/blog yang fully optimized untuk Adsense sehari, setiap hari. Masa anda akan terikat dengan aktiviti ini.


Dan lokasi-lokasi premium yang boleh anda gunakan untuk meletakkan iklan produk anda, perlu digunakan untuk diletakkan iklan Adsense.


Jadi produk anda tidak begitu menonjol. Jika produk kita tidak menonjol, orang tidak akan beli. End of story.


Jadi boleh ke buat duit dengan blog MFA?


Saya tak tahu sebab Adsense bukan bidang saya. Tetapi ada orang buat. Jadi saya rasa boleh.


Jadi boleh ke buat duit dengan jual produk?


Memang boleh.


Boleh combine kedua-duanya?


Tak boleh.


Analogi akhir, kita boleh minum. Dan kita boleh makan. Tetapi kita tidak boleh makan sambil minum. Nanti tersedak.


Jadi, anda mesti pilih model perniagaan anda. Jika Adsense, fokus pada Adsense sahaja dan jika menjual produk, fokus pada produk sahaja.


Yess! Berjaya! Pendek!


Yang Excited,


Sabri


dipetik dari http://www.saifulsham.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan