Rabu, 18 Februari 2009

Pertandingan ke nak bunuh orang?siapa juara?

Ini cerita sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur.

Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala.Cara pertandingannya ialah peserta perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dengan tidak sengaja menjunam ala2 superman silap landing kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.

Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.
suasana jadi meriah,penonton buat sorakan gemuruh

Tiba jer peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4.Beliau dengan perlahan berjalan ke tingkat 4 sambil memikirkan ape akan terjadi kalau dia terjun dari tingkat 4,sedangkan peserta lain mula di tingkat 1.Sampai ditepi beliau berdiri sahaja.Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun,suasana jadi riuh rendah,Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat,selepas 30minit pengadil buat keputusan,pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan